Wednesday, May 17, 2006

Datuk Muhammad Shafee Abdullah

saya betul2 hormatkan lelaki ini. hormat dan kagum di atas usahanya dalam menyelamatkan seorang rakyat Malaysia dari tali gantung di luar negara. saya kagum dgn kesungguhannya ke negara asing itu di atas perbelanjaan sendiri dan berusaha memohon bantuan dari pihak2 lain untuk membantunya dari segi kewangan. saya mengikuti kes Ruzana dari awal hingga akhir. dari mula dia di tangkap sehinggalah berita kepulangan dia ke Malaysia dan merindui sambal belacan, pajeri terung dan rebung masak manis masakan bonda. saya bukan orang berada untuk menyumbang material. saya hanya mampu menyumbang doa saban waktu ketika membaca berita tentang perbicaraan Ruzana. alhamdulillah.. Tuhan itu maha adil..

tahniah saya ucapkan kepada Datuk Muhammad Shafee Abdullah!! saya betul2 kagum dengan anda!!!

No comments: