Tuesday, May 16, 2006

aduhai tren

tren2 pagi tadi betul2 menguji keimanan saya.
tren pertama : berhenti di stesen taman melati tapi pintu tak bukak. kesian pada akak2 kat dalam. kesian juga saya di luar.
tren kedua : belum sampai di stesen taman melati, sudah berhenti. kami yang menunggu, hanya mampu melihat. nasib baik tren, kalau bas saya yakin pasti ramai yang akan berjalan dan menunggu di hadapn pintu tren tersebut (termasuk saya)
tren ketiga : berhenti dalam jarak kurang dari 5 meter dari tren kedua tadi. lagak seperti tgh beratur untuk pertunjukan kereta behias. silap, tren berhias.
10 minit selepas itu.. tren kedua mula berjalan. mungkin tren ketiga akan menyusul 3 minit selepasnya.
30 minit.. untuk saya smpai ke stesen kl sentral dari stesen taman melati. 30 minit berdiri sambil tangan memegang besi yang sejuk atau pun bergayut pada getah ala2 jimnastik itu sudah biasa bagi saya. tapi saya cukup kurang berkenan dengan akak2 atau makcik2 yang handbag nyer terlalu besar. sampai mencucuk cucuk perut saya. adoii!!! 27 minit untk perut saya didera dgn tusukan hujung handbag seorang kakak berbaju oren. 27 minit kerana dia trun di stesen pasar seni.

No comments: