Friday, December 22, 2006

penat

kebelakangan ini..

saya menyedari yang saya..

sudah mula penat dengan kehadiran saya saban hari di situ
kalau boleh, ingin saja saya ke tempat lain

tapi, itu hanya kata hati saya..
hanya bisikan kecil dalam hati..

Monday, December 18, 2006

17 dec

ini tarikh hari lahir saya. tahun ini adalah yang ke 24. sudah hampir suku abad saya hidup. mencorak segala warna. melakar semua kata. melukis dalam jiwa. menghitung setiap hela. indah. cantik. seronok. buruk. kurang enak. pilu. semuanya ada. bersyukur kerana saya masih lagi diberi nikmat untuk menikmati semua ini. alhamdulillah..

Thursday, December 07, 2006

merah

hari ini 7 dec. hari ini haiqal genap 4 tahun. andai saya dahulu, 4 tahun sudah punya adik. tapi dia masih lagi seorang. bermanja dengan semua orang terutama dengan nenek dan saya. pantang naik suara, pasti mengalir air mata. tapi dia pandai mengambil hati. andai dia tahu dia yang salah, dimarah sekalipun pasti dia datang menghampir. mencium atau bertanya apa saja sekadar untuk membuka perbualan. selamat hari lahir haiqal. semoga menjadi anak yang baik. tamat kisah haiqal. esok sya ketemu dia. tapi masih belum membelikannya hadiah. hmm..

pagi tadi mendapat sms dari teman lama. sekadar msg tentang pentingnya sahabat. saya kira itu sweet. mengingati rakan2 yang lain di waktu pagi. lantas saya hantar satu ucapan ringkas untuknya.. “pagi2 dah dpt sms sweet. thank!!” sekali lagi sms darinya.. “U r welcome.dlm ramai2 yg dpt msg sweet, ko sorg je yg mengisi inbox aku. Thanx 2u too.”
terfikir untuk seketika.. apa kita kini sudah tidak menghargai usaha dan sudah melalaikan ucapan terima kasih itu??

tapi, sebenarnya bukan itu saja yang kita abaikan. saya kira banyak lagi perkara2 lain. andai kamu rasa kamu terkecuali, tidak mengapa. kerana saya tahu, saya juga termasuk dalam golongan yang lalai ini. apa lagi perkara yang saya abaikan? hmm.. saya hanya menjumpai satu. tapi cukup besar iaitu berpijak di alam nyata.

perihal berpijak. pagi tadi saya telah terpijak kain seorang wanita. huhu.. kesian dia. terpaksa berhempas pulas menarik. tapi mengapa saya tidak ditegur. bukankah senang begitu. kerja nya mudah saja. saya hanya perlu angkatkan sedikit kasut saya. dan dia boleh menarik kain itu tanpa perlu berhempas pulas. itula, lain kali jangan pakai kain sampai meleret-leret.

hari ini baju saya warna merah. sekadar ayat penyata. tiada berkaitan sebenarya.

Tuesday, November 28, 2006

28 nov 06

hari ini saya mulakan dengan segelas hot chocolate classic dari starbucks. seorang teman menegur. “grand sekali breakfast hari ini” saya hanya tersenyum. i’m just giving a treat for myself. saya sudah lupa bila kali terakhir saya menerima treat sebegini. tapi hot chocolate ini sememangnya sedap. amat sesuai sekali sbg treat.

bulan hadapan saya bakal mencecah 24 tahun. pun begitu, sekarang ini pun andai sesiapa bertanyakan usia saya, saya menjawab 24 tahun. walaupun andai dikira bulan dan hari, ia masih belum cukup. masih lagi 23 tahun. hari ini, umur saya 23 tahun 11 bulan 11 hari.

apa bezanya berumur 23 tahun dengan 24 tahun? tua? matang? bagi saya tiada beza yang besar. itu hanyalah satu angka. satu angka kecil yang menginjak ke angka yang lebih besar. perihal semakin tua, itu tak perlu tnggu tahun. saban hari kita menginjak ke hari tua. setiap helaan nafas kita menjurus ke arahnya. semakin matang.. ini bukan pelajaran satu hari. mematangkan diri itu memakan masa yang lama. seiring dengan usia.

bagi saya, apa yang lebih penting ialah pengisian dalm diri selama 23 atau 24 tahun itu. tanya pada diri, sebanyak mana ilmu sudah dipelajari? cukupkah dengan ilmu2 yang ada sekarang? atau perlu ditambah lagi? apa yang sudah diperolehi sepanjang waktu ini? berbaloikah semua itu? apa yang perlu dan harus dimiliki lagi? bagaimana untuk memiliki? dan juga tentang diri. cukup sempurnakah diri? saya akui, tiada manusia yang sempurna. tapi andai kita tahu apa kurangnya, apa yang hilangnya mengapa tidak berusaha sedikit untuk mencarinya. berusaha untuk menjadi yang lebih baik. itu bagus bukan?

masih lagi terfikir untuk memotong pendek rambut. tapi seketika saya sayang. saya baru sahaja memotongnya. sebelum puasa. awalnya panjang sudah menghampiri paras pinggang, saya potong sehingga tinggal paras bahu sahaja. dan andai saya mahu memotongnya lagi. hmm.. mesti makin pendek. dulu saya tidak kisah. kerana waktu itu rambut saya sedikit rosak. kering dan kasar. kini sudah lebih baik. berkat syampoo dan conditioner loreal beserta serum st ives. tapi saya sudah merindui saat-saat berambut pendek dulu. dan saya sudah mula mencemburui gadis-gadis berambut pendek yang saya temui di dalam tren saban hari. ah, potong saja pendek. lambat laun ia panjang juga.

23november lepas.. hari lahir seorang rakan. yang ke 24. Selamat Hari Lahir untuk kamu Nad. semoga kamu beroleh kesenangan dan keberkatan dariNya sepanjang masa.

Thursday, November 23, 2006

...

kamu sakit. saya memahaminya. lantas sms saya yang tidak berbalas sejak pagi tadi tidak saya ambil kisah. termasuk satu kali panggilan telefon yang juga tidak diangkat. saya mengerti. kamu sakit. dan kamu perlu rehat. titik.
tapi saya juga mohon.. agar kamu juga mengerti keadaan saya. memahami keadaan saya. saya bukannya bermalas-malasan dirumah. bukan juga bersantai sambil menonton tv. atau berjalan-jalan di mana-mana tanpa sebarang perkara yang mencemburu.
saya bekerja. maka, andainya saya bekerja bererti saya punya bnda untuk diselesaikan. punya tugas untuk dilaksanakan. dan kegagalan saya untuk menjawab panggilan telefon kamu itu lansung tidak saya sengajakan.
maka, tolonglah jangan beranggapan yang bukan-bukan.
tolonglah berpijak di alam nyata.
tolonglah hentikan sikap paranoid kamu itu
tolonglah jangan cuba menyalahkan saya kembali di atas kesalahan kamu
tolonglah jangan menyatakan rasa bersalah kamu sepuas hati dengan harapan saya bersimpati

tolong.. tolong.. tolong..

seketika.. saya penat sebegini

Monday, November 20, 2006

hujan

hujan. lebat dan berangin.. saya suka melihat lelaki yang berpayung di dalam hujan. entah mengapa tapi persepsi saya merasakan ianya satu pemandangan yang ‘protective’. nampak bertanggungjawab. nampak selamat. nampak segak. sesetengah lelaki merasakan tak macho andai membawa payung. tapi, saya lebih suka lelaki yang menepati masa meskipun dalam hujan berbanding lelaki yang lambat akibat hujan.
semoga petang nanti, hujan sudah berhenti..

Thursday, November 09, 2006

untuk kamu..

8nov 06
KL makin kerap hujan. setiap hari aku kebasahan untuk sampai ke stesen. disitu terpaksa pula berebut-rebut untuk masuk ke dalam tren yang penuh. semalam aku hampir-hampir terjatuh. lantaran terburu-buru masuk ke dalam tren, graviti aku sedikit tidak stabil. mujur aku sempat berpaut pada lengan seorang lelaki. dan dia umpama tahu aku memerlukan pertolongan, juga menarik aku agar terselamat dari dikapit pintu tren. seketika aku malu sendirian. cepat-cepat aku tarik tangan dari genggamannya. muka panas.
andai di pantai timur, bulan-bulan sebegini pasti hujan. musim tengkujuh. hujan berhari-hari tanpa henti. waktu itu aku masih bersekolah. pulang dari sekolah baju basah lencun. baju tidak penting kerana esok masih ada yang lain untuk dipakai. mustahaknya kasut sekolah. sepanjang persekolahan, aku tidak pernah memiliki lebih dari sepasang kasut. kalau lebih pun, itu kasut yang sudah terkoyak sedikit. tapi masih boleh dipakai sekali sekala. maka, jalan mudahnya, kasut yang basah itu di letakkan dibelakang peti ais. umpama pengering. esoknya, kasut bukan sahaja kering, malah garing. aku juga masih ingat, musim itu pakaian semuanya lembap. kain baju lembap tersidai di sana sini. baunya juga kurang enak. hapak. aku harus ketemu penyelia. jumpa nant.

9 nov 06
10.00am

selamat pagi buat kamu. pagi ini indah. andai sebenarnya ia buruk sekalipun, akan ku cuba mengindahkannya. kamu sihat? aku kurang selesa pagi ini. sejak semalam perut sakit. sakit biasa. aku terlebih makan. kelakar bukan? sememangnya aku begini. aku tidak boleh makan terlalu banyak. tidak boleh makan terlalu sedikit. tidak boleh terlewat makan. juga tidak boleh terawal makan. terlalu sensitif aku kira. bonda kata perut aku dimasuki angin. ubatnya hanya minyak panas. kadang2, semalamam sudah pulih. tp, andai dia degil berhari hari aku sakit. perut manja. seperti tuannya juga. erm.. aku manja eh?

12.30pm
aku kebingungan sekarang. aku melihatnya sebagai sesuatu yang penting. tapi sebenarnya ia adalah perkara yang dicipta untuk dilihat sebagai penting. aku yang teralu melihat ianya sebagai penting sehinggakan terlupa pada apa yang sememangnya penting yang berselindung disebalik. meskipun aku tahu apa yang berselindung disebalik itu, aku masih ingin mengatakan bahawa yang aku lihat itu lebih penting. minda aku sepenuhnya boleh menerima kepentingan tersebut. tapi hati??? sukarnya mengarah hati agar dikawal akal..

2.16pm
kl hujan lagi. mesti kamu terdetik.. aku ini tak habis-habis dengan kl yang hujan. tapi itulah kebenarannya. dan aku sukakan hujan. aku sukakan bau tanah yang naik bila hujan. bau rumput yang segar. bau jalan tar. tapi di kl, itu bau-bau itu hilang. entah ke mana. lantas, bila hujan.. aku rindu. rindu pada tempat itu. rindu pada saat itu..

Wednesday, November 08, 2006

sangat sangat tidak suka

saya amat kurang selesa bila didesak untuk memberi jawapan. apatah lagi andai soalan yang dikemukakan itu saya sendiri kurang pasti tentang jawapannya. itu belum lagi dikira andai soalan yang diajukan itu bunyinya umpama memaksa untuk saya memberi jawapan yang dia ingini. sangat sangat tidak suka

sejujurnya, saya kurang senang dengan dia. (dia: sang penanya soalan yang mendesak.) bicaranya, dia seorang yang bagus. semua orang memuji kehebatannya bermain gitar. semua orang kagum dengan masakannya. semuanya hebat tentang dia. tapi lagaknya, umpama mat rempit yang tak bersekolah. paling tidak kemas ialah rambutnya. saya tidak kisah andai dia mahu berambut panjang tapi biarlah kemas bersikat rapi. ini umpama baru bangun tidur. mengerbang bak singa jantan. sangat sangat tidak suka

tapi memandangkan saya mengenalinya sejak di bangku sekolah, saya gagahkan juga melayan setiap sms dia. saya kuatkan juga hati menjawab panggilan telefon dari dia. tapi,banyak kali juga saya biarkan saja telefon berbunyi tidak berjawab.
patutlah beberapa kawan saya yang terlebih dulu rapat dengan dia kini masing-masing menjauhkan diri dri dia. dan saya rasa, saya juga mahu begitu..

Wednesday, November 01, 2006

cleaner baru

di office saya ada seorang cleaner baru. menggantikan auntie cleaner sebelum ini. khabarnya auntie kemalangan. jatuh dari motosikal. (saya harap dia semakin pulih)
cleaner baru ini..
namanya kavitha. bersaudara dengan pakcik yang menjaga lif bangunan ini. orangnya kecik. setinggi saya. tapi lebih kurus. melihatkan dari wajahnya, saya merasakan yang dia masih muda. tapi sudah berkahwin.
cakap melayunya masih kurang fasih. hanya sepatah sepatah yang keluar dari mulutnya.
mula2 dia datang tadi, saya terangkan kepadanya apa yang perlu dia lakukan. kebetulan semua orang masih lagi blum pulang dr lunch. lap cermin, lap meja, vacuum karpet, bersihkan bilik air dan kemaskan apa2 yang patut. itu sahaja.
nukanya menunjukkan dia faham.
lega saya melihatnya pabila dia mula mengelap. tapi saya terharu. terselit sedikit rasa insaf dalam diri saya. usahkan meja dan cermin, bahkan pintu, kaki kerusi, komputer hatta roda meja komputer juga dilapnya.
bersungguh benar dia bekerja.
saya sedar, saya tidak sebagus dia.
waktu kerja masih sempat menulis blog.. hehehe..

Tuesday, October 31, 2006

...

saya rasa seronok semalam. pergi dan pulang kerja menggunakan laluan lain. pemandangan lain. suasananya pun lain. pukul 8 baru smpai dirumah. penat tapi saya seronok. dapat lihat KL waktu malam. cantik. bkn senang mendapat peluang sebegini.

saya rasa saya perlu berani dan berterus terang dengan seseorang. hari sabtu ini. mungkin. saya tak ingin perkara ini brlanjutan. tapi saya tau, saya sendiri tidak kuat.

kini, saya mahu berdiam diam. mahu senyap sunyi. tapi bukan dalam blog ini. ini satu satunya tmpat saya berbicara dalm diam. saya mahu senyp dalm dunia di luar sana itu. boleh?

warna baju saya hari ini sungguh mengelirukan. seketika saya merasakan ianya adalah hijau gelap. tapi kemudian, ia seperti kelabu.

saya sedang mencari ‘shark’ saya. supaya saya semakin bertenaga untuk bernafas di dalam dunia saya. tapi, entah kemana perginya. atau sudah dimakan ‘shark’ yang lain? huhuhu..

“sastera itu saling mempengaruhi” saya pernah terbaca ayat ini dan saya mengakuinya. saya sering terpengaruh, dipengaruhi tp amat jarang mempengaruh.

seorang kawan maya saya.. sudah agak lama mendiamkan diri. bz? atau dalam kesullitan? semoga kamu sentiasa selamat di sana..

kali pertama saya menziarahi kubur waktu hujan. walaupun tidak lebat, tapi tetap juga basah. tapi, dalam hati saya juga hujan. sebak bila seorang lagi kwan meratap di pusara. hingga dalam perjalanan balik, saya hanya mendiamkan diri. mendengar segala butir bicara dia. andai saya ditempatnya, saya juga begitu barangkali. berpisah tiga tahun. kembali saja, dia sudah tiada.


lagu You and Me dari Lifehouse

apa yang saya suka

@ butang baju kemeja Banana Republic. kecil tapi tebal

@ bilik saya. bnyk tngkap. bnyk almari

@ comforter. sehingga saya bermasalah utk bangun pagi

@ sling bag saya. ini beg kerja saya.seorg rakan memberitahu yang ianya nmpk stylo

@ gambar saya dgn haiqal sewaktu raya. dua dua cantik dan comel

@ suara ezad exist. sejak dulu lg saya jatuh cinta dgn suaranya

@ pemandangan langit dengan seekor burung helang yang sedang terbang. nmpk bebas

@ blog saya. kerana saya bebas berbicara disini

lagi..
entahla. saya rasa bnyk yng saya suka
terlalu banyak.. tapi kenapa agak sukar utk saya menyenaraikannya disini

kad hari raya

mari bercerita tentang kad raya..

* kad raya pertama yang saya trima ialah dari jon
* kad raya saya terlebih satu. blh digunakan untk thun hadapan. :p
* tahun ini saya berpuas hati dengan operasi kad raya. semua dihantar tpat pada masanya.
* seorang rakan menyatakan, kad raya saya adalah satu2nya kad raya yang dia terima tahun

ini. kesian..
* saya mendapat satu bookmark dalam salah satu kad raya
* saya mendapat 2 kad raya yang sama coraknya dari 2 orang kawan yang berlainan
* saya masih menunggu 2 keping kad raya yang masih belum sampai.
* dua minggu lepas, kebanyakan surat2 yang smpai dirumah saya adalah kad raya untuk saya.
* kad raya yang paling saya suka.. saya suka semuanya
* tahun ini kad raya yang saya hantar hanya mengandungi ucapan Selamat Hari Raya, Maaf

Zahir Batin
* sekeping kad raya yang saya terima hanya mengandungi tanda tangan si pengirim
* saya juga menerima sekeping kad raya yang didalamnya terdapat besi sbg hiasan
* dan satu kad raya lagi didalmnya disertakan sekali dgn name card nya

itu saja cerita kad raya saya tahun ini..

Monday, October 30, 2006

you and me

hari itu..
dia dtg dengan bermuda dan t shirt
awalnya saya sedikit tak puas hati, hari baik, bulan baik..
kenapa begini adabnya??

berbual seketika
bercerita tentang kisah masing2
saya mula ketawa bila dia menyuarakan hasrat ingin menyertai sebuah band
saya sungguh tak percaya
kemudian, dia bangun menghala ke hadapan
mengangkut sekali gitar nya

dia di situ
mula memetik gitar
menyanyi
dan saya tahu
dia pasti akan ketawakan saya bila melihat air muka saya tika itu

saya kurang psti
adakah sebab lagu
atau petikan gitarnya
atau sebab suaranya
atau sebab matanya
untuk seketika saya jadi kaku memerhatikannya

What day is it?
And in what month?
This clock never seemed so alive
I can't keep up and
I can't back down
I've been losing so much time
Cause it's you and me
and all of the people
with nothing to do
Nothing to lose
And it's you and me
and all of the people
And I don't know why,
I can't keep my eyes off of you
All of the things
that I want to say
just aren't coming out right
I'm tripping on words
You've got my head spinning
I don't know where to go from here
Cause it's you and me
and all of the people
with nothing to do
Nothing to prove
And it's you and me
and all of the people
And I don't know why,
I can't keep my eyes off of you
There's something about you now
I can't quite figure out
Everything she does is beautiful
Everything she does is right
Cause it's you and me
and all of the people
with nothing to do
Nothing to lose
And it's you and me
and all of the people
And I don't know why,
I can't keep my eyes off of you
You and Me - Lifehouse

Tuesday, October 17, 2006

hari ini..

hari ini..
sudah 24 ramadhan.. cepat betul masa itu berlalu. sering meninggalkan saya yang terpinga pinga tentang masa dan waktu
bagai kelaziman, 10 malam terakhir ini paling ditunggu tunggu semua orang.
menunggu malam lailatulqadar. malam yang keberkatannya menyamai seribu malam.
malam yang doa para umat bakal diangkat ke langit dan dimakbulkan Tuhan. malam di mana malaikat2 turun ke muka bumi dan mendoakan kesejahteraan para umat.

saya akui.. saya ini bukanlah seorang yang arif tentang selok belok agama. cukup sekadar tahu serba sedikit. malah itupun masih belum cukup untuk membimbing dan mendidik diri sendiri. cuma dalam pemikiran saya terbit sedikit kekeliruan (saya fikir ini adalah perkataan yang paling hampir dgn apa yg saya alami) bukannya saya keliru dengan anugerah Allah ini.lansung tidak terlintas untuk saya menimbulkan sebarang soal perihal lailatulqadar ini. cuma..

apa yang mengelirukan saya.. adalah berkenaan dgn tabiat2 kita bila berhadapan dgn perkara2 sebegini. sewaktu gotong royong memasak untuk majlis berbuka puasa kawasan perumahan saya, seorang makcik menyatakan yang dia sudah tidak peduli akan majlis2 berbuka, biskut2 raya, langsir2 raya dan segala apa yang berkaitan dengan raya. semua ini kerana ingin menumpukan pada amal ibadah. ingin mengejar malam lailatulqadar.
ini rakan saya sendiri, 10 malam terakhir barulah kerap berulang ke masjid untuk berterawih, pulang ke rumah disambung pula dengan bacaan al-quran dan ada pula solat2 sunat dan solat tahajud di tengah2 malam.

saya bangga dengan dia.. tapi, kenapa pelu menunggu 10 malam terakhir untuk semua ini? kenapa tidak dari mula ramadhan lagi? bukankah setiap apa yang kita lakukan itu perlu konstan? perlu diamalkan sepanjang masa? bukan hanya untuk waktu2 tertentu sahaja..
umpamanya, segala amalan extra yang dilakukan itu bukanlah ikhlas semata mata kerana Allah, tapi kerana mengharapkan balasan malam lailatulqadar dari Nya.

lantas, dimana letaknya hati yang ikhlas itu? apakah hati juga sudah dididik untuk mendapat ganjaran atas setiap amalan? maka sudah tidak ada lagi amalan yang di buat kerana rasa tanggungjawab. kerana rasa malu kepada Nya. atau kerana merasakan diri ini kerdil di sisiNya

apa pula bakal terjadi pada malam2 biasa? malam yang bukan tergolong dalam 10 malam terakhir ramadhan ini. adakah pada malam2 itu doa kita tidak kan termakbul? atau amalan kita tidak dicatit?

teuk dada tnya selera.. bagi saya, biarlah sedikit asalkan selalu. malam lailatulqadar itu satu anugerah. satu nikmat yang besar. betul2 besar..

Friday, October 13, 2006

yang saya lupakan semalam..

hehe..
saya sudah mengingati apa yang saya lupakan semalam
jawapan : Telemovie Toll Gate Girl

saya sukakan cerita ini. walaupun flow cerita ini hanya so so- seorang lelaki kaya yang jatuh cinta pada gadis penjaga toll tapi mngkin kerana lakonan amy mastura yang comel dan hero nya-saya lupa nama dia, tapi dia ialah joe dalam siri kopitiam. beserta background filem itu yang menampilkan KL yang cantik, telemovie ini masih lagi saya ingati. apatah lagi melihat amy mastura sebagai markonah yang pekat giler dengan loghat kedahnya sememangnya kelakar bila digandingkan dengan Joe yang serius dan plg susah untuk tersenyum. padan!!

saya suka tmpat penggambaran nya. kampung amy mastura ditepi sawah. btl2 cantik. dengan anginnya yang kuat. n ada pulak si amy mastura yang berlari2 sambil rambut mengerbang kerana angin terlalu kuat. juga suasana Kuala Lumpur. ada pasar Ramadhan, KLCC, Masjid Jamek..

saya masih ingat dialog Joe..
“boleh tak.. kalau mak awak jd mak saya, adik2 awk jd adik2 saya...” (selebihnya saya lupa)
tapi dialog itu cukup meaningful. serius, saya sukakan cara Joe menyatakan hasratnya.
dan saya msih ingat, waktu itu markonah sedang menjahit baju raya untuk adik2nya.

kan seronok, kalau raya tahun ini telemovie ini disiarkan kembali?



p/s: baru teringat.. nama sebenar Joe itu ialah Rashid Salleh

Thursday, October 12, 2006

hmm..

pagi tadi.. saya teringatkan satu perkara. perkara yang sudah lama saya tinggalkan. tapi, kini saya lupa. betul2 sedih. saya berkira perkara itu bakal menjadi topik entry saya hari ini. *sigh

tapi, tak mengapa. masih bnyk lagi perkara yang boleh saya ceritakan. terlalu banyak.

* satu berita dan satu berita kurang gembira. saya mendapat cuti selama 10 hari (termasuk cuti am dan hari minggu) sempena deepavali dan hari raya kali ini. bernasib baik kerana company director berada di Malaysia. mengharapkan manager ‘Pembaris’ saya itu.. raya ke-3 sudah perlu kerja. tapi saya tetap perlu hadir di mesyuarat pada raya ke-3 lantaran telah ditetapkan sebulan lepas.

* sejak semalam saya menutup mp3 saya dan membuka radio. semata-mata untuk mendengar lagu raya

* kurang 2 minggu untuk berpuasa dan berhari raya. hujung minggu ini mungkin sempat buat biskut raya

* berat saya sudah turun 2kg sejak mula berpuasa. seronok. tapi sedikit bermasalah. semua slack saya mulai terlondeh. seluar telinga gajah, kata kakak saya

* saya sudah selesai menghantar kad raya kepada kawan2 yang sepatutnya dihantar. hanya tinggal beberapa keping untuk sesiapa yang terlintas di fikiran. ataupun untuk sesiapa yang menghantar kad raya kepada saya.

* duit raya utk semua org juga sudah saya sediakan. tapi sampulnya belum cukup. :p

* saya merasakan hari ini.. jam lambat betul bergerak

Tuesday, October 10, 2006

kisah saya..

kisah 1
ketentuanNya, andai hari itu Dia sudah menetapkan kita bakal tersenyum manis,
maka indahla dunia.
beberapa hari lepas, saya sedikit kebingungan. lantaran pilihan2 yang tidak wajar dibandingkan. lantaran harapan2 yang sebisa boleh ingin saya penuhi kesemuanya. lantaran hati saya sendiri yang ragu.
tapi semalam, khabar dari bonda melegakan semuanya.
walaupun saya tahu itu bukan bermaksud bakal tiada halangan lansung, tapi sekurang2nya hati saya kini mengerti.. saya bisa senyum untuk seketika.


kisah 2
ini untuk dia..
saya merasakan ada sesuatu yang tidak senang tentang kamu. ini sebenarnya perasaan dulu. untuk seketika, ia hilang. tapi kini ia terbit kembali. saya kurang mengerti. apa yang tidak senang sebenarnya. tapi, hati berat untk mempercayai semuanya. saya juga bersalah kerana memadamkan garisan antara kita sedikit demi sedikit. walhal, saya yang mencipta garisan itu. tapi kamu juga bersetuju dengan garisan itu bukan? saya kira, saya harus timbulkan kembali garisan tersebut. agar kamu, agar saya.. tahu di mana kita.


kisah 3
saya kini bosan. seorang kawan yang sering menelefon. bercakap meleret-leret. entahla, makin lama makin meluat saya bila dia asyik memuji diri sendiri. pandai memasak, rajin berkemas, hebat bermain gitar, hensem walaupun sekadar menyarungkan jeans dan t-shirt, keturunan berdarah raja, dan macam2 lagilah. tidak cukup dengan panggilan telefon, disambung pula dengan sms. tolonglah.. saya juga perlu masa untuk diri saya. tidak selalunya saya bisa menghiburkan kamu. sebenarnya, kamu saja yang rasa terhibur.. saya lansung tidak.

Monday, October 09, 2006

sham vs zaril

sham
cinta saya suatu masa dahulu. awal perkenalan, dia ini terlalu dingin. saya yang berpenat lelah menyalakan unggun apinya. sehingga saya pernah putus asa. tapi takdir Tuhan, saya bertemu semula dengan dia. dan kali itu, dia yang beria-ia cuba menyemarakkan unggun api tersebut. kami bercinta. tapi sekejap. banyak yang saya sangsikan tentang dia. 4 tahun keluar dari universiti, dia masih belum bekerja. panggilan telefon saya tak pernah dijawab. dia hanya akan menelefon saya balik 10 minit selepas itu. selalu saja alasan yang diberikan dia di bilik air. sukar untuk saya menerima alasan itu andainya terlalu berulang kali dia menggunakannya. setiap kali saya meminta resume untuk mana2 jawatan kosong yang saya rasakan bersesuaian, dia tak pernah memenuhinya. dia hanya biarkan saja perkara itu berlalu. awal2 dulu sikapnya juga lewa. beberapa kali saya merasa sebak hingga mengalirkan air mata kerana dia. umpamanya, dia seperti tidak kisah hala tuju hubungan kami waktu itu. tapi, saya masih lagi bersama dia. masih lagi merasakan yang saya sayangkan dia. benarlah kata orang, cinta itu buta. agak lama untuk saya kumpulkan semua kekuatan dalam diri saya untuk membuat keputusan. akhirnya, saya tinggalkan dia juga. tapi, hingga kini, dia msih lagi menghubungi saya. masih lagi mengambil berat. masih lagi memberi saya harapan. (katanya bagi dia maksimum 2 tahun untuk dia selesaikan semuanya antara saya dan dia)
entahlah. saya pun tak tahu saya masih membiarkan lelaki ini menghampiri saya.

zaril
saya mengenalinya 2 tahn lepas. dia baik. saya tidak pernah jatuh cinta pada dia. dia juga tidak pernah mengungkapkan yang dia cintakan saya. dia ini misterius. kalau dalam skala kenal-mengenali, saya hanya di tahap 2 daripada 10. saya tidak begitu mengenali lelaki ini. hanya tahu serba sedikit tentang latar belakang keluarga nya, pekerjaannya, umurnya. itu sahaja. perangai dia, kesukaan dia, keburukan dia, saya lansung tidak tahu. mungkin kerana komunikasi kami hanya sedikit. dia jarang menelefon. kadang2 sebulan sekali. kadang2 lebih dari itu. tapi, mungkin kerana faktor umur, dia nampaknya serius. bila dia mengutarakan yang dia ingin bejumpa keluarga saya, saya sedikit terkedu. mulanya saya sangkakan itu adalah gurauan. tapi, rupa2nya tidak. dan dia kini, sudah berani berbicara soal duit hantaran, barang2 hantaran dan apa2 lagi tentang perkahwinan. aduih...

p/s : sham dan zaril.. dua dua bukan nama sebenar. masakan saya berani mengutarakan nama mereka. paling tidak, saya masing menghormati mereka.

Friday, October 06, 2006

cerita tren..

lagi cerita pasal tren..
selagi saya menggunakan perkhidmatan ini untuk ke pejabat sehari hari, saya kira selagi itulah akan ada entri berkaitan dengannya.
kali ini lebih tragis. bukan tren lambat. ataupun pintu yang tidak terbuka seperti semalam. tapi hanya satu tren yang beroperasi. satu tren sahaja. dan ia memakan masa lebih kurang satu jam untuk sampai ke hujung sana dari hujung sini.
mujur perkhidmatan bas bagus. credit utk Rapid KL!! mengambil bas hingga ke Titiwangsa. kemudiannya menaiki monorail hingga ke Kl sentral. sesekali menggunakan jalan baru agak seronok. tapi saya lambat sedikit sampai ke office. 10 minit!!

Wednesday, October 04, 2006

hilang..

saya kira.. saya bisa bersenang senang bila doa saya setiap kali selepas solat bakal dimakbulkan Tuhan. alhamdulillah..

tapi sebenarnya tidak. saya semakin diuji. lebih getir dan hingga kini, saya masih belum menemui jalan yang terbaik.

sukarnya membuat pilihan..
kenapa seringkali pilihan2 yang ada bukanlah yang lebih baik dan lebih buruk melainkan semuanya sama baik dan sama buruk dalam hal yang tersendiri tidak wajar andai dibandingkan antara satu sama lain tidak mampu untuk saya pilih

kata orang, jangan sesekali lari dari ujianNya andai lari sepenuh hati sekalipun kamu pasti akan jumpai ujian lain di hadapan

maka saya berkeputusan untuk menangani ujian ini sebaik mungkin. cuba untuk menilai semuanya

namun, semakin saya cuba menilai. semakin saya sedar. terlalu banyak yang perlu dinilai
hinggakan saya keliru. adakah perlu untuk dinilai kesemuanya

lama kelamaan, saya hilang dalam penilaian sendiri



Friday, September 29, 2006

wanita

kamu wanita?? ini untuk kamu


Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala.Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas
mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?
Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat,
berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak
lokek senyum tanda salam perkenalan?


Saya mempunyai seorang rakan, sederhana cantik, tidak terlalu kurus tidak terlalu gemuk, tidak terlalu buruk, tidak terlalu jelita, manisnya ada, santunnya memikat orang tua, beragama juga kerana selalu sahaja diceritakan dia terhendap-hendap membawa sejadah masuk ke bilik stor kecil untuk solat, dan dia, sentiasa cuba gembira dengan kehidupannya yang solo – Tetapi saya fikir, saya faham apa yang berputar-putar dalam kepalanya.
Dia tidak dapat berdusta betapa kebahagiaan cinta kawan-kawan membuatnya
cemburu, dan membuatnya selalu terfikir-fikir: Apalah perasaan gadis yang dipuja
dan dicintai hebat oleh seorang lelaki?

Kawan, saya harap dia membaca artikel ini. Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api. Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari lanngit.
Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap,
janggut selambak atau harta membuak-buak. Tetapi lelaki yang baik, jika
Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita,
menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat
memperdalami selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya – Dia akan
datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu
yang lebih mengetahui.


Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia, menyempurnakan kita. Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita, wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan.
Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita. Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin.

Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia.Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara.Tetapi jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Namun itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada - Barangkali daripada si dia,barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua


Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan famili dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja. Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa. Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa.


Bercakap soal kahwin, beberapa kenalan rapat yang dewasa bersama-sama sejak
zaman gatal-menggatal kenyit mengenyit kala di bangku pengajian, kini sudah
disunting, dan bakal menjadi isteri kepada lelaki yang mereka cintai. Semoga
mereka tak tersalah pilih.Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan
tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.

Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia. Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa. Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri
lelaki, tidak terlalu gaha sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu
lemah sehingga jatuh menyembah kaki.


Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati – Untuk dimulia, disayangi dan dicintai.

Andai lelaki itu burung yang terbang,kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya. Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata. Kita mahu menjadi bunga,menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati. Tetapi kita bahagia dalam dakapannya.

Semoga kita semua diketemukan dengan lelaki idaman jiwa.

**ini saya dapat dari seorang rakan lelaki..

Thursday, September 28, 2006

3 tahun puasa

saya teringat saat berpuasa di universiti dulu.. kadang2 memenatkan.. tapi, ada juga yang menyeronokkan.

tahun pertama..
tahun pertama puasa dia sana, kebetulan
kelas paling lewat jam 5 petang. pukul enam ke kafe, membeli nasi dan juga
juadah. berbuka bersama teman rapat saya, liza (kini mengajar di Sarawak). lepas
itu, naik ke bilik. waktu itu, ajk kerohanian desasiswa mengadakan solat terawih
di dewan desasiswa. saya turut serta. seronok berjemaah beramai2. lagipun, dewan
itu dekat amat dengan bangunan asrama saya. tamat saja solat, kembali ke bilik.
makan apa yang ada bersama teman sebilik lalu study (ini saja kerja student)
pukul 12, turun balik. kali ini untuk membeli makanan sahur. kadang2 lansung di
bawah sampai pukul 3 pagi. study di kafe, berborak, bercerita. dan saya masih
ingat, waktu pulang raya saya terpaksa berbuka puasa di atas bas. tapi, pulang2
saja ke rumah bonda sudah menyedia juadah enak untuk saya. ok, itu cerita puasa
tahun pertama.

tahun kedua..
waktu ini kami sedikit sibuk. ditambah pula
dengan lecturers yang bukan islam.. yang kurang memahami akan anak2 muridnya
yang beragama islam. rakan2 bukan islam lain cukup memahami. seringkali
menawarkan gula2 tatkala azan berkumandang sedangkan kami masih lagi ditahan
oleh lecturer. waktu itu saya mempunyai kelas jam 6pm -7pm. tamat saja kelas,
tiada pilihan lain.. bersama2 dgn rakan sekuliah (saya hanya berempat saja
perempuan melayu dalm kelas tersebut) kami ke kedai mamak, berbuka puasa disitu.
bersama2 beg dan nota kuliah. lepas makan baru pulang ke bilik. waktu sahur,
masih seperti tahun lepas.. cuma nakal saya sedikit kurang. selepas beli makanan
terus saja naik ke bilik. tiada lagi merewang rewang. balik raya kali ini, bas
berhenti di hentian duta (sebelum ini bas berhenti di hentian pudu) bersusah
pula ayahanda dan angah menjemput saya. tahun ini juga, kepulangan raya saya
hanya sehari sebelum raya. ini semua gara2 seorang lecturer yang tetap dengan
pendiriannya untuk menjalankan ujian di hari2 terakhir ramadhan. terpaksa juga
saya bertahan dari balik awal. (read: lecturer itu seorang islam.
hmmm…)

tahun ketiga..
tahun yang penuh dengan beban kerja.
sebenarnya, bulan puasa ini jatuh pada waktu saya cuti semester. tapi, lantaran
ingin menyiapkan fasa pertama final year project dengan seberapa segera, saya
tidak pulang. tapi ramai sebenarnya yang tidak pulang. kami berkampung di
desasiswa Gemilang. sama2 berkampung dengan pelajar2 jarak jauh. pelajar2 yang
jarak umurnya juga jauh dari kami. saya masih ingat dialog seorang kakak ‘jarak
jauh’ ketika di masjid. waktu itu kami sedang berehat rehat menunggu masuknya
waktu asar. tiba2 “alamak.. aku lupa bawak gambar laki aku”
saya hanya
tersenyum dari jauh.. tapi puasa waktu itu saya rasa kami (kawan2 yang sama2
tidak pulang ke kampung) semakin akrab. sama2 berbuka puasa di masjid.
berterawikh. dan kemudiannya sama2 menuju ke bangunan school. berkampung di situ
selama beberapa jam. kadang2 sehingga waktu sahur. selepas sahur baru pulang.
kadang2 kepulangan kami diiringi dengan azan subuh. saya amat rindu kalian..
teramat!!

Wednesday, September 27, 2006

dia

dia seorang lelaki
kami pernah bersekolah bersama
tapi berlainan kelas
tidak pernah bertegur sapa
mata dia itu.. tajam
suka merenung orang
itu 9 tahun berlalu
bersua kembali
tapi secara maya
dia jauh
saya jua jauh
dia baik
sering mendinginkan dasar hati
selalu mendamaikan perasaan
saya hanya mahu dia tahu



hari ini saya rindu dia

Tuesday, September 26, 2006

cerita hari puasa

sebelum itu.. blog saya sengaja saya tukarkan template. hidup ini mesti ada perubahan. lagipun bak kata seorang kawan, hidup ini penuh dengan sejuta warna., warnakan sepuas hati..

hari ini hari ketiga puasa. saya sudah mula merasakan perbezaannya. masih belum dapat menyesuaikan diri dgn keadaan ini. seronok melihat bila semua patung yang dipakaikan baju kini memakai tudung. tapi kakak yang menjual tidak pula bertudung. hmm..?

saya suka bulan puasa. selain dari beribadah, saya juga suka persekitarannya.
petang2 banyk gerai yang menjual makanan. pilih saja andai mahu makan apa. tak lupa juga gerai yang mnjual biskut raya. tak perlu susah2 mengadun, membakar dan sebagainya. (tp saya tetap ingin membiuat biskut raya sendiri) malamnya pula berterawikh, dan saya akan pastikan saya mengaji sekurang2nya satu muka surat. pkul 10 malam makan lagi, walaupun saya tak makan, tapi bonda sememangnya akan menyiapkan juadah ringan. popia, mihun goreng, cendol pulut dan sebagainya.sahur juga seronok. biarpun mata masih mengatuk, tapi saya sukakan suasananya. makan di awal pagi. tapi tak seseronok waku semua org ada dirumah. kini hanya saya, ayahanda dan bonda sahaja.


semalam saya singgah di pasar ramadhan berdekatan rumah. bersama ayahanda. pusing beberapa kali tapi tangan masih juga kosong. akhirnya saya membelikan bonda tau foo fah. adik penjual ini, selalu lihat saya tatkala saya lalu di depan bus stop. saya tahu bus stop yang mana satu. saya tahu ada orang disitu. tapi, saya lansung tidak melihat siapa dia. dan dia, menjadi salah seorang yang selalu disitu. sedikit terkejut bila dia menegur umpama saya ini kawan nya.
budak baik..

khayal.. tak dapat di kawal.. rindu makin tebal..

Monday, September 25, 2006

fasa cinta

fasa pertama:
perkenalan pada awalnya hanyalah biasa2. sekadar bertukar tukar cerita tentang diri masing2. tentang kerja. tentang study. tentang minat. serba sedikit tentang keluarga. saat ini agak menyeronokkan. bertemu dengan sesuatu yang baru. umpama kanak2 dengan mainan baru, semestinya setiap masa dibelek dan dikelek. seronok menambah kenalan. seronok juga berkongsi cerita. tapi, dalam hati.. dia masih orang luar. hanya kawan.

fasa kedua:
hubungan makin rapat. boleh dikatakan setiap hari berutusan. bertanya itu. bertanya ini. makin mesra. bangun2 saja sudah mendapat ucapan selamat pagi. ingin saja melelapkan mata, dapat pula ucapan selamat malam. pendek kata, tiada hari tanpa dia. saat ini, sudah sedikit terbuka membicarakan tentang relationship. kisah cinta dulu yang putus dulu. kisah sayang yang terhalang. tapi masih ada tabirnya. dia kawan rapat..

fasa ketiga:
ini fasa yang saya suka. hati sering saja berbunga. mana tidaknya, kata yang diucap kini bukan saja bermain di telinga dan minda, malah juga di jiwa. sudah pandai mengucap rindu. sudah pandai membilang sayang. pantang sakit, risaunya membukit. apa saja cerita, pasti dikongsi. saya betul2 sukakan fasa ini. situasi anda single. tapi anda tahu, tak lama lagi anda tak kan single. (andai semuanya berjalan lancar) setiap sms pasti ada senyuman. senyum. senyum dan senyum... dia teman istimewa..

fasa keempat:
hmm.. ini sudah masuk soal hati. soal kasih. soal sayang. semua dirangkum menjadi soal cinta. kadang2 semua ini tak terluah secara tersurat. tapi semua yang dilakukan ada erti tersirat. saling memahami. saling mengerti. namun tiada butir bicara.
ada juga yang sudah tersurat. umpama terciptanya sebuah perjanjian. fasa ini indah. tapi, saya tetap sukakan fasa sebelumnya.
dalam fasa ini, semua pintu akan terbuka. diulangi : semua. segala macam perkara akan mendatang. yang gembira, yang suka, yang terindah. tak lupa juga yang sedih, yang benci, yang terburuk.
fasa ini adalah fasa yang paling genting. bagaikan di medan perang. andai bisa mengharung segala halangan, fasa ini akan berterusan di sini. dia segala-galanya..

tp, andainya gagal.. fasa pertama akan berulang kembali. melengkapi circle of love.

Friday, September 22, 2006

yang saya cari..

tamat sudah kisah saya di kolej luar. seminggu saya berulang alik dari ofis ke kolej. pagi masuk ofis. petangnya ke kolej. semuanya gara-gara permohonan ke Lembaga Akreditasi Negara. Tapi tak mengapa, boleh saya belajar sesuatu yang baru. Boleh juga sampai awal di rumah.
saya seronok di sana. mungkin kerana persekitaran yang besar. kawan2 juga ramai.
seorang pensyarah muda di sana.. lelaki. baik.
jangan salah faham.. antara saya dengan dia, lansung tiada apa. setakat bersua 4 kali. bertegursapa 2 kali dan berkomunikasi sekali..
saya cuma teringat kata2 dia pada saya..
“awak dah jumpa belum apa yg awak cari? tak per. saya tau tak lama lagi awak pasti jumpa apa yang awak cari”
hmm…
apa yang saya cari???

Wednesday, September 20, 2006

hadiah part1

lagu hari ini : kasanova – the times

* saya pernah menghadiahkan sebotol perfume united colors of benetton pada teman lelaki saya.

* saya selalu menghadiahkan rantai tangan sempena hari jadi bonda saya. sudah dua tahun berturut-turut. tahun lepas dengan batu permata hitam. tahun ini dengan kristal merah dari sabah.

* hadiah perkahwinan yang pernah saya belikan utk pasangan pengantin : set gelas : lampu tidur : flower pot : album gambar :

* saya pernah menerima sekeping cd kumpulan Travis sempena hari jadi saya. beserta dengan key chain lambang sgittarius

* juga pernah mendapat seekor anak patung badak warna hijau. haiqal paling suka dengan anak patung tersebut. tapi dipanggil ‘meow’

* pernah juga mendapat gelas2 kecil winnie the pooh

* hadiah harijadi terbaru yg pernah saya belikan : seramik berbentuk kambing biri2 dan terdapat baldi disebelahnya. khas untuk ash tray. tp si penerima ingin menyimpan syiling di dlamnya.

* hadiah harijadi dalam perancangan : wind breaker untuk ayah

* saya pernah menerima rantai tangan berbatu kristal warna putih, biru dan juga oren dari orang yang saya kurang senangi

* azman pernah menghadiahkan saya sebentuk cincin. tapi saya lansung tak pernah memakainya. ingin saja memulangkan kembali. tapi seperti kurang sopan..

* tahun lepas saya menghadiahkan diri saya sebuah novel karya Aisya Sofea sempena harijadi yang ke 23. untuk tahun ini saya merancangkan treat yang lebih grand

* waktu matrikulasi dulu, tiap kali sambutan harijadi rakan serumah.. kami semua akan menyediakan sebuah kotak dan setiap orang akan menderma apa sahaja kepada brthday girl. pelbagai barang dikumpul. biskut, pen, tisu dan lain2 lagi. itu hadiah sampingan. hadiah utama selalunya kami berkongsi duit dan belikan sesuatu yang cantik dan bermakna. satahun bersama kalian.. sememangnya seronok!! (khas untuk suri, rasina, ana, yah dan ani)

* saya pernah menghadiahkan sepaket tisu pada seorang senior. hehe..

Tuesday, September 19, 2006

hari ini dan ramadhan

hari ini saya sopan. berbaju kurung kuning air dengan bunga-bunga kecil warna oren dan merah. bertudung oren. entah kenapa, sudah lama saya tidak menyarungkan baju kurung ke tempat kerja. mungkin kerana persekitaran kerja saya tidak begitu menggalakkkan (agaknya..) ataupun mungkin kerana saya yang kurang terdorong untuk berbaju kurung ke tempat kerja.. hmm?

kurang seminggu untuk ramadhan tiba.. sebulan lebih juga untuk syawal tiba.. bila sudah besar-besar, raya kurang meriah. hanya berkumpul bersama adik beradik yang lain, makan-makan sambil menonton tv. aktiviti ziarah- menziarah hanyalah satu hari. hari yang lain, duduk di rumah.. bergelak ketawa dan saling membuli..

tapi saya seronok.. tiba raya boleh buat biskut raya bersama bonda. boleh mencipta kek baru bersama bonda. tahun lepas, biskut raya kami pelbagai warna. tapi perisanya sama. hehe..

Monday, September 18, 2006

pokok, hujan, daun, angin dan musim luruh..

Ini situasinya...

Ada sebatang pokok yang tua
Bila hujan turun, beberapa helai daun
tumbuh
Bila musim luruh, angin menerbangkan kesemua daun
Jika diberi
pilihan, mana satu yang anda ingin jadi?

pokok
hujan
daun
musim luruh
angin

teman pertama yang pada akalnya ingin menjadi hujan.. tp entah kenapa mlm itu dia ingin mnjadi angin.. dapat saja jawapan, tergelak besar dia..

teman kedua.. terus memilih angin. tapi, bila mendapat jawapan.. saya pula yang dimarahi.
alasan: dia tidak pernah terlibat dalam percintaan sebegitu. n konon2 nya saya ini hanya merekacipta.. hello!! terasa ke???? hahahaha!!!

teman ketiga.. memilih pokok. dan sememangnya saya tahu, dia ini teramat setia. (ini menyokong lagi teori lime tree nya)

teman keempat.. memilih hujan. hmm.. pemikiran seorang gadis matang..

teman kelima.. masih belum ada jawapan

pilihan saya sendiri.. hujan
hmm??

ini jawapan untuk pilihan mereka..

pokok : anda begitu setia dengan pasangan anda

hujan : anda mahu mencari seseorang yang betul2 cinta dan ambil berat tentang anda

daun : anda seorang playboy / playgirl

musim luruh : anda boleh menyintai 2 orang dalam 1 masa

angin : anda adalah orang ketiga dalam cinta 3 segi

Wednesday, September 06, 2006

sahabat sejati

entri ini saya tujukan kepada sahabat2 saya
semua sahabat saya.
semua yang pernah berkawan dengan saya sejak saya kecil hinggalah sekarang

sahabat yang mewarnai dunia saya
yang mencorakkan kehidupan saya
yang setia menjadi guru kepada saya

yang tetap bersama sama waktu saya berduka
yang meninggalkan saya tika saya tersepit

yang mengingati saya untuk hari2 yang penting
yang mengingati saya untuk kepentingan sendiri

yang meletakkan saya sebagai teman rapat
yang menganggap saya sebagai bukan teman

kamu semua semenangnya istimewa.. tempat kamu tetap ada dalam hati saya..
ini untuk kamu…


Sahabat Sejati- Sheila on 7

Sahabat sejatiku,
hilangkah dari ingatanmu
Di hari kita saling berbagi
Dengan kotak sejuta mimpi,
aku datang menghampirimu
Kuperlihat semua hartaku
Kita s’lalu berpendapat,
kita ini yang terhebat
Kesombongan di masa muda yang indah
Aku raja kaupun raja
Aku hitam kaupun hitam
Arti teman lebih dari sekedar materi

Pegang pundakku, jangan pernah lepaskan
Bila ku mulai lelah… lelah dan tak bersinar
Remas sayapku, jangan pernah lepaskan
Bila ku ingin terbang… terbang meninggalkanmu

Ku s’lalu membanggakanmu,
kaupun s’lalu menyanjungku
Aku dan kamu darah abadi
Demi bermain bersama,
kita duakan segalanya
Merdeka kita, kita merdeka
Tak pernah kita pikirkan
Ujung perjalanan ini
Tak usah kita pikirkan
Akhir perjalanan ini

Wednesday, August 16, 2006

3 yang saya RINDU..

1. saya rindu dia. dia kini makin matang. Tak dinafikan makin kacak. Tp saya masih dapat mengecam senyuman itu. Tak pernah berubah. Entah kenapa, untuk hari ini saya sering mengingati dia. Cuma saya tak mahu dia tahu tentang itu.

2. saya rindu telefon Panasonic saya. 4 tahun telefon itu bersama saya. Itu cinta pertama saya. Dgn skrin warna biru dan keypad warna kuning. Badan warna silver. Dia mmg cantik. Saiz hanya cukup2 genggaman tangan. Ada joy stick yang membezakan dia dgn telefon2 yang lain.. biarlah tiada skrin warna, tiada Bluetooth, saya tetap sukakan dia

3. saya rindu seorang kawan yang sudah meninggal. Ini setiap hari saya rindui. Tak pernah saya lupakan dia. Semoga dia aman di sana.. amin..

Tuesday, August 15, 2006

azam baru untuk kamu

Mulai hari ini..
Saya bakal sedikit selfish
Sedikit mementingkan diri
Sedikit tidak mengambil berat
Sedikit sombong
Sedikit kurang ajar

Jgn salahkan saya..
Kamu yang mulakan dahulu..

kenduri part I

Sabtu lepas.. majlis tahlil dan doa selamat sempena naik rumah baru.
Ok, ini cerita mengikut kronologi.. (entri ini pasti panjang)

Hari jumaat, kakak sekeluarga sampai. Waktu saya pulang dari kerja haiqal sibuk main naik2 tangga manakala abg lan pula sedang menggodek2 lampu chandelier mama. Kebetulan rod langsir baru sj dipasang, saya hanya menolong memasang langsir. Makan malam kami pada malam itu hanya ala kadar. Sayur kubis yang digoreng kakak pada petangnya (sebenarnya kubis itu untuk mihun goreng petang esok), telur dadar dan juga kurma ayam (ini masakan kakak). Tiada makan semeja. Hanya amibil dan duduk di merata rata. Semua ini kerana kerusi2 meja makan sudah dialih bagi membesarkan ruang. Kemudian, abg lan mengajak untuk memasang lampu. Saya seronok melihat abg lan memasang lampu chandelier dibantu kakak yang memegang tangga dan saya yang menghulurkan mangkuk2 lampu dari bawah. Ala2 casa impian eric. Mangsa surprise nya heri yang balik dari penang. Heri pulang, just nice timing dengan lampu yg siap dipasang. Malam itu, bilik saya sudah dipasng langsir, sudah ada carpet warna kuning. Angah juga balik malam itu. Cukup semua ahli keluarga saya malam itu. Seronok dapat berkumpul semua sekali. Seronok juga melihat lagak nakal haiqal yang tak sudah2 naik tangga turun tangga. Lansung tak berhenti bermain dia malam itu. Mungkin kerana ramai org yang melayan dia bermain. Smpaikan tidurnya hanya beberapa jam sahaja malam itu.

Hari sabtu.. pukul 7 saya sudah bangun. Menolong papa dan abang lan mengangkat kerusi ke luar rumah. Memasang carpet. Menyiapkan bilik solat untuk tetamu di tingkat atas. Saya suka abg lan menyiapkan balkoni dengan katil besi yang diubah menjadi kerusi rehat.. siap dengan tikar dari Sarawak.. serta kerusi2 besi.. mmg sesuai untuk bersantai. Kemudian, saya dan haiqal mengelap pinggan yang disewa. Haiqal mmg rajin. Rajin bermain dan menolong. Dua dalam satu. Kakak pula sibuk menyediakan agar2. habis periuk2 bonda menjadi mangsa untuk menyejukkkan agar2. Air gula beperiuk besar untuk air malam nanti juga siap tersedia. Heri pula sibuk memasang lampu di laluan balkoni. Semua orang sibuk. Tak sedar yang sudah tengahari. Mkn tengahari kami hari itu, sekali lagi hanya ala kadar. Kurma ayam semalam ditambah dengan telur dadar dan juga ikan goreng. Itu sahaja.
Petangnya, saya mula menggoreng mihun dgn kakak. Sudah lama tidak memasak bersama sama. Menjelang maghrib. Aan menelefon, katanya sesat. Aduh.. nasib baik ada abg lan. Dia yang memberi direction. Akhirnya, saya menunggu aan di stesen minyak dan membawanya pulang. Demi juga sesat. Kebetulan waktu itu saya dalam perjalanan balik bersama aan. Menunggu Demi sekali. Maghrib kami sampai. Saya naikkan mereka semua ke bilik atas. Sempat mendera zarin supaya menggosok tudung saya.(upah kerana dia meminjam baru kurung saya) waktu itu tetamu sudah ramai. Yang ramainya semua kawan2 bonda dan ayahanda dari kawsan rumah dahulu. Majlis bermula lepas isya’. Alhamdulillah,semuanya lancar. Waktu makan mmg penat. Tak menang tangan kami. Abg lan berulang alik dr luar ke dapur, meminta diisi ayam kari. Lupa: menu mlm itu kari ayam, daging masak kicap, sayur campur goreng, ikan masin dan ulam serta sambal belacan. Air sirap (ini kakak yang sediakan)
Jam sepuluh malam, tetamu sudah beransur pulang. Baru saya gegaskan nad, demi, aan, ju dan zarin turun untuk makan. Kemudian, nad dihantar pulang. Aan pula sudah siap bertukar uniform untuk membasuh pinggan mangkuk. Lantaran ramai yang menolong, pinggan mangkuk siap dibasuh malam itu juga. Ruang tamu juga siap dikemas balik. Tikar2 juga siap dijemur di balkoni.


Bilik saya mlm itu ramai. 5 orang semuanya termasuk saya. Bercerita tentang itu dan ini sampaikan pukul 5.45 baru saya melelapkan mata. Bukan senang mengumpulkan mereka ini. Seronok sungguh!!

Esoknya, pukul 8 saya sudah bangun. Heri sudah bersedia untuk pulang. Bas ke pulau pinangnya pukul 9. Sudah tidak banyak barang2 untuk dikemas. Bangun saja tuan2 puteri di tingkat atas, saya gegaskan mereka supaya mandi dan sarapan bersama. Seronok makan beramai2. Dua pinggan nasi saya habiskan. Jam 11 mereka pulang. Yang tinggal hanya kakak, abg lan, haiqal, angah serta ayahanda bonda.

Baru berpeluang untuk berehat. Saya tak sedar pukul berapa saya terlelap. Perangai nakal haiqal yang mengacau saya tidur tidak lansung saya endahkan. Baru terasa penat. Petang itu kakak pula pulang ke rumah mentua. Maka tinggal la saya, angah serta ayahanda dan bonda. Malam itu, angah pula yang pulang. Tinggal saya serta ayahanda bonda.

Seperti sedia kala..

Friday, August 11, 2006

suka.. gembira..

Semalam..
Buat pertama kali.. saya lihat dia senyum.. aduhai…
Buat pertama kali juga.. saya senyum pada dia.. ngee..
Serta..
Buat pertama kali juga.. dia disebelah saya disepanjang perjalanan..


Gembira..
Semua yang dirisaukan pada paginya.. dibalas dgn sesuatu yang cukup bagus pada ptgnya..
Suka nyerrrrrrrrrrr!!!!!

Friday, August 04, 2006

saya..

1. ...sedikit kurang sihat
2. ...terkilan dgn perangai seorang kawan perempuan
3. ...berat untuk pergi perjmpaan esk
4. ...tak sabar menunggu sabtu mnggu hdapan
5. ...sejuk
6. ...sering berdoa semoga saya mendapat kerja di tempat lain
7. ...sedang menguyah gula2
8. ...rindukan dia

Monday, July 31, 2006

Lagu Rindu ~ Keris Patih

Bintang malam katakan padanya
Aku ingin melukis sinarmu di hatinya
Embun pagi sampaikan padanya
Biar ku dekap erat waktu dingin membelenggunya
Tahukah engkau wahai langit
Aku ingin bertemu membelai wajahnya
Kan ku pasang hiasan angkasa yang terindah
Hanya untuk dirinya
Lagu rindu ini kuciptakan
Hanya untuk bidadari hatiku tercinta
Walau hanya nada sederhana
Izinkan ku ungkap segenap rasa dan kerinduan

saya tidak pernah tahu tentang band keris patih ini.. lagu rindu inipun di download secara tidak sengaja.. tapi, pertama kali mendengar.. hati saya, telinga saya, minda saya.. semuanya bekerjasama meminta ianya diulang.. maka, hingga saat ini, hanya lagu ini yang menemani saya di meja..
muzik yang slow.. ada bunyi piano.. liriknya juga cantik.. suara penyanyi juga boleh tahan..

Thursday, July 27, 2006

hujan.. sejuk.. rindu..

hari ini mendung.. sejuk.. semalam pun begitu.. hujan pagi.. teringat waktu di pantai timur dulu. hujung tahun ialah waktu yang seronok dan kurang seronok. kurang seronok kerana bolah dikatakan setiap hari hujan. lansung tidak boleh keluar rumah. dan andainya waktu itu waktu persekolahan, maka semakin malas untuk ke sekolah. tapi yang seronoknya, andai waktu itu hari minggu.. smua adik beradik akan berkumpul di depan tv. makan biskut dan minum air teh. saya suka waktu itu. kurang seronok yang kedua, bila hujan.. baju tak akan kering. saya sering kehabisan track suit. terpaksa berbaju kurung setiap hari. seperti hari raya. tapi yang seronoknya, inilah peluang untuk memakai baju2 baru di dalam almari tanpa perlu ke mana2.
saya rindukan waktu kecil saya.. meskipun selalu dimarah.. selalu dihukum (read: saya sememangnya nakal) tapi itu yang membuatkan saya seronok bila mengenangkan semuanya.. *tamat cerita dulu*


*cerita sekarang*
saya seperti biasa. agak sibuk dengan hal2 perpindahan rumah. akhirnya. saya kira ini kali terakhir kami sekeluarga berpindah. kerja saya.. macam biasa. kelas. nota. ujian. report. sabar. sabar. sabar. apa lagi tentang hidup saya…
saya kini sudah kembali di atas (baca entri terdahulu) mencuba sedaya upaya untuk terus berada di atas.
kawan2 saya.. semuanya sihat. semuanya gembira dan ceria (saya kira..) makin ramai yang kembali berhubungan.. tapi ada juga yang terpaksa berjauhan.. (saya rindu kalian..)
seronok mengenang sms obor-obor.. bahkan bnda ini pernah menjadi topik perbualan saya dan beberapa orang kawan (nant saya huraikan kemudian.. tapi bukan hari ini)
hari hari saya dipenuhi dengan pelbagai cerita.. itu sudah cukup untuk saya merasakan yang hidup ini menyeronokkan andai kita pandai menghargai..
saya menghargai keluarga saya.. itu paling penting bagi saya..
adik beradik saya..
kawan-kawan saya..
kekasih ??? . biarlah dahulu..
saya senang begini… saya tidak mencari.. tidak juga lari..

You've been feeling your way through the fog quite nicely -- some would even say you're developing a sixth sense when it comes to a certain someone. Today however, you no longer need to utilize such extrasensory abilities to connect with that person who's been beguiling you so. As soon as you awaken, you'll feel clearer about your feelings than ever before -- and you might be very surprised at how your expectations change as the day moves on. <-- horoskop saya hari ini



Wednesday, July 26, 2006

tamat.. tamat.. dan tamat..

kisah tren yang mengalami masalah teknikal..
semua orang merasakan masalahnya.. termasuk saya. yang saban hari menggunakan pengangkutan ini..
semalam.. dua kali tren berhenti secara mengejut.. tatkala sedang dalam kelajuan yang tinggi, tiba2 saja brek kecemasan..
saat inilah sikap2 prihatin rakyat malayia menyerlah… sama2 berpaut antara satu sama lain untk tidak jatuh.. indah nya pemandangan..
tapi, biarlah.. asalkan saya selamat sampai ke rumah.. itu sudah cukup..
tapi saya terharu..
ramai jugak yang bertanyakan saya.. samada selamat atau tidak daripada sumpahan teknikal tren hari itu..
terima kasih kawan-kawan..
saya masih lagi terselamat..
tamat kisah tren

apa kisah saya hari ini?
seperti biasa. tapi kini, saya terlalu diuji dengan kerenah pelajar2 saya..
kisah tentang mereka yang berlagak pandai
kisah tentang merekan yang lansung tidak mahu membaca arahan (read: kerana semuanya berlagak pandai)
kisah tentang masing ada tabiat yang tidak elok – gigit kuku, main rambut bahkan ada yang melakukan aktiviti cari gali!!
kisah tentang mereka yang hanya tahu mengangguk tapi sebenarnya tidak tahu apa2
kisah tentang mereka yang lansung tidak faham bahasa inggeris tapi menidakkannya kerana malu dengan boyfren atau girlfren masing2 (read: students saya sudah ramai yang ada pasangan. umur baru 18 sudah pandai bercinta kasih. puppy love.. mungkin)
tamat kisah saya dan pelajar2 saya

tamat juga kisah pagi ini.
andai kata saya berkesempatan.. ptg ini satu lagi entri.

Monday, July 24, 2006

5 perkara (pt II)

5 Perkara saya buat pagi ini
1. mandi
2. gosok baju
3. naik motosikal
4. beli chewing gum
5. mengajar

5 orang yang saya jumpa pagi ini
1. bonda
2. papa
3. adik yang jaga tiket putra lrt
4. kak liza (kwan tmpat kerja lama)
5. kwn2 office

5 ayat yang saya capkan pagi ini
1. morning
2. pegi dulu yer..
3. babai
4. dah bekfast?
5. jap yer..


5 orang yang BUZZ saya pagi ini
1. hazril
2. naseh
3. hisyam
4. anil
5. min

5 emel yang saya terima
1. notification from frenster : u have one new message
2. notification from frenster : ur frend has updated his/her blog
3. lagi dari frenster : birthday reminder
4. shamalah : for maybank account holder
5. jobstreet : carik keje weh..


5 perkara ‘lain-lain’
1. saya tgh jaga lab sekarang.. tp masih smpat menulis blog..
2. terharu.. semalam kawn lama menelefon dr usa..
3. saya menguyah gula2 getah pagi ini..
4. warna baju hari ini ialah hijau
5. mood pagi ini ialah : sedih dan terharu. (sebab: entahla..)

Thursday, July 20, 2006

5 perkara

5 perkara baru
1. Siti Nurhaliza kawin Dato’ K on 21.8.2006
semua orang tau.. termasuk tukang2 rumah indon..
2. Bulan hadapan, kami sekeluarga bakal pindah ke rumah baru.
sekarang sudah 90% siap. setiap orang dapat bilik sorang satu. kecuali ibu bapa saya. terpaksa berkongsi. :p
3. Rakan serius Dewa19 saya sudah mendapat kerja di tempat lain. jauh di seberang
4. Lagi kawan2 yang membina masjid.. giliran saya?? tunggu dulu lah..
5. mp3 saya kini sudah terlampau banyak.


5 perkara yang berubah
1. berat badan saya. turun atau naik?? hehe..
2. duit simpanan saya makin kurang
3. beg kerja saya.. dari handbag kepada sling bag. safety purpose
4. ringtone telefon saya : accidentally in love - counting crows
5.


5 perkara yang tak berubah sejak bulan lepas
1. baju2 dalam almari saya.
2. susunan barang2 dalam laci
3. pola pemakanan saya
4. status saya.. (ini sejak 23 tahun yang lepas)
5. tempat saya di dalam ofis



ada lagi.. tapi tak berkesempatan. saya sambung nanti..

Wednesday, July 12, 2006

Everything by Lifehouse

kisah semalam..
keluar saja dari tren, saya ke guardian. berhajat untuk mencari krim. mencari. terjumpa. bayar. saat ingin keluar, saya berhenti sekejap.. lagu yang dipasang seakan familiar dgn saya.. saya pernah mendengar lagu ini. dan boleh mengikut sedikit sedikit liriknya. tapi, siapa penyanyinya. apa tajuknya. hanya kerana ingin mendapat lebih klu tentang lagu tersebut, saya kembali berjalan jalan di dalam guardian. sambil berfikir, di mana saya pernah dengar lagu ini. hinggalah tamat lagu. masih tidak mencapai jawapan siapa dan apa. sampi di office. mulut saya tak henti2 humming lagu tersebut. bimbang takut2 terlupa.. tnya kawan2 rapat, semua tidak tahu.. lantas saya cari melalui internet. tapi berfikir pula, apa yang ingin di jadikan kata kunci..
mencuba frasa “any better than this+lyrics” .. tiada yang sepadan..
mencuba pula “stand here with you+lyrics” .. juga tiada
mencuba lagi “not being moved by you+lyrics”.. lansung hampa..
cubaan terakhir..
saya hanya ambil satu perkataan dalam chorusnya.. “everything+lyrics”..
tadaaa!!!!!
result pertama : Everything – Lifehouse Lyrics
saya baca liriknya.. tepat.. betul..
gembiranya hati..
mencari mp3 untuk di download.. senang pula carian saya kali ini.. alhamdulillah..
lirik ini untuk anda..

Find me here
And speak to me
I want to feel you
I need to hear you
You are the light
That's leading me to the place
Where I find peace again
You are the strength
That keeps me walking
You are the hope
That keeps me trusting
You are the light to my soul
You are my purpose
You're everything
And how can I stand here with you
And not be moved by you
Would you tell me how could it be
Any better than this
You calm the storms
And you give me rest
You hold me in your hands
You won't let me fold
You steal my heart
When you take my breath away
Would you take me in take me deeper now
And how can I stand here with you
And not be moved by you
Would you tell me how could it be
Any better than this
And how can I stand here with you
And not be moved by you
Would you tell me how could it be
Any better than this
Cause you're all I want
You're all I need
You're everything.. everything
You're all I want
You're all I need
You're everything.. everything
You're all I want
You're all I need
You're everythiny.. everything
You're all I want
You're all I need Everything.. everything
And how can I stand here with you
And not be moved by you
Would you tell me how could it be
Any better than this
And how can I stand here with you
And not be moved by you
Would you tell me how could it be
Any better any better than this
And how can I stand here with you
And not be moved by you
Would you tell me how could it be
Any better than this
Would you tell me how could it be
Any better than this

Thursday, July 06, 2006

kisah hari-hari

saya suka nama saya. tak kiralah bagi sesetengah org, nama saya pelik. tak pernah jumpa. malah ada yang mengutuk nama saya di hadapan saya kerana mereka tidak kenal siapa empunya nama tersebut. saya hanya tersenyum. dan dia malu sendirian bila saya mengambil tag nama saya lalu memakainya.
semalam, seorang doctor memuji nama saya.. “a very nice name” sememangnya nice bila dibaca nama penuh saya. seakan kombinasi nama saya dan nama ayahanda ini terlalu cantik. ini kali kedua. orang yang pertama memuji nama saya ialah seorang pegawai jpj. waktu itu saya mengambil ujian lessen kereta. maka, sepanjang ujian jalan raya itu dia asyik bertanya siapa yang memilih nama saya, adik beradik lain bagaimana, dan bermacam-macam lai soalan..

dulu, saya juga kurang suka nama saya.. zaman kanak-kanak, yang warnanya hanya tujuh.. kini, warna zaman saya sudah banyak, maka.. seandainya terdapat sedikit tompok hitam, dengan senang saya mencari warna yang seakan akan sama lalu menampungnya..
selesai…

cukup la tentang nama saya..


hri ini hari pertama saya ke pejabat tanpa segala macam benda yang selalu saya tempekkan ke muka. kosong. clean. rasa sedikit janggal. tapi.. atas nasihat doctor, saya turutkan jua. semalam ke klinik pakar kulit. duduk hanya 5 minit. bercakap hnya 5 ayat.. 3 jenis ubat.. bil melebihi rm100.. ditambah pula sekeping kad.. sila datang lagi 2 minggu dari sekarang.. urgh.. urgh.. urgh..

Monday, July 03, 2006

nice guy...

saya sudah menemukan seorang nice guy..
cukup nice..
tak percaya???
ini saya senaraikan ciri2 nice guy yg saya perolehi dari seorang rakan..

1. To every guy that's said, "Sex can wait." (check)

2. To every guy that's said, "You're beautiful." (check)

3. To every guy that was never too busy to drive across town to see her. (hmm..)

4. To every guy that gives flowers and a card when she is sick. (check)

5. To every guy who has given her flowers just because. (check)

6. To every guy that said he would die for her. (check)

7. To every guy that really would. (belum dapat bukti sahih)

8. To every guy that did what she wanted to do. (check)

9. To every guy that cried in front of her. (check. tapi hnya sekali. itupun disorok. tapi saya tahu dia menangis)

10. To every guy that she cried in front of. (check. lebih dari sekali.. hahaha)

11. To every guy that holds hands with her. (check. hanya untuk melintas jalan sahaja)

12. To every guy that kisses her with meaning. (check. hanya disasarkan pada tangan sahaja)

13. To every guy that hugs her when she's sad. (check. tapi hanya peluk bahu untuk beberapa saat)

14. To every guy that hugs her for no reason at all. (check. juga peluk bahu.. beberapa saat)

15. To every guy who would give their jacket up. (check)

16. To every guy that calls to make sure she got home safe. (check. check. check)

17. To every guy that would sit and wait for her for hours just to be able to see her for ten minutes. (check)

18. To every guy that would give his seat up. (check)

19. To every guy that just wants to cuddle. (hmm..)

20. To every guy that reassured her that she was beautiful no matter what. (check. check. check)

21. To every guy who told his secrets to her. (check)

22. To every guy that tried to show how much he cared through every word and every breath. (check)

23. To every guy that thought maybe this could be the one. (check)

24. To every guy that believed in her dreams. (check)

25. To every guy that would have done anything so she could achieve them. (half check)

26. To every guy that never laughed at her when she told him her dreams. (check)

27. To every guy that walked her to her car. (check)

28. To every guy that wasn't just trying to get laid. (hmm..)

29. To every guy that actually listened. (check)

30. To every guy that gave his heart only to have it shoved back in his face. (check)

31. TO EVERY GUY THAT PRAYS THAT SHE IS HAPPY EVEN IF YOU ARE NOT WITH HER. (check. check. check. check.)


saya kira.. apa lagi yang saya mahukan.. dia lebih dari mencukupi..
rakan2 juga bersetuju..
tapi.. bila jodoh itu ditakdirkanNYA, kita hanya mampu berserah..
hanya mampu menerima segala ketentuan..
dan ketentuanNYA sekarang, saya dia dia tiada jodoh..
saya hanya berdoa..
berdoa..
dan berdoa..
agar ketentuan itu berubah..

Monday, June 26, 2006

nanti saya..

saya dapat rasakan..
saya kini berada dalam kitaran bawah..
bukan di atas sepertimana beberapa bulan yang lepas..
semuanya kerana saya kurang berhati2 tatkala berada di atas..
lantas saya tergelincir..
natijahnya..
saya di bawah sekarang..
peritnya untuk naik semula ke atas..
susahnya untk mendaki kembali..
harus tabah..
perlu cekal..
supaya saya mungkin di ats kembali..
bukan mungkin..
tapi pasti..
saya pasti berada di atas kembali..
nanti saya..

Friday, June 23, 2006

hati saya yang degil

sukarnya memujuk hati sendiri
puas di senaraikan segala galanya
tapi masih berdegil
aduhai

saya kira..
hati saya melebihi degilnya kanak kanak nakal
melebihi kerasnya besi
saya terasa penat
lantas saya pujuk hati ini
supaya mengikut kata akal

tapi..
ikutnya hanya seketika
patuhnya hanya sekejap
dan dia kembali berdegil

saya penat..
dengan diri saya sendiri
penat dengan hati saya yang degil ini
penat memujuknya
penat memarahinya
penat, penat dan penat

tapi..
dia sebahagian dari saya
marah saya
penat saya
pujuk saya
tetap dalam diri saya
tetap saya
hanya saya

kejayaan yang paling bermakna ialah bila akal berjaya mengusai hati
bila hati yang menguasai akal, itu dikira gagal

seorang

semalam..
saya seronok.
tapi sebentar sahaja. rasa seronok itu dia gantikan dengan rasa tak dihargai lansung.
terlampau!!

saya yang seronok. saya yang bersedih.
saya yang seorang.

agaknya, sudah takdir.
saya seorang.
tanpa dia.

Friday, June 16, 2006

azman

perlakuan saya setiap kali mahu memulakan sesuatu kerja.. saya perlu memastikan ada lagu yang mengiringi kerja saya.. maka, setiap hari.. buka sahaja computer.. pilih lagu..

lagu baru dalam mp3 saya : Dengar Ella Menyanyi-Exist

saya mahu bercerita tentang azman hari ini. bercerita sepenuhnya tentang lelaki bernama azman ini. kenapa azman?? dan kenapa bukan orang lain?? hmm.. entah. kerana hati ini ingin bercerita tentang azman. makna azman la tajuk carita saya hari ini.

saya mengenali azman November tahun lepas. dia baik. tapi saya kurang berkenan dengan dia. banyak sebab saya tidak berkenan pada dia. salah satunya, dia terlalu mencuba untuk menjadi seusia saya padahal dia sudah jauh untuk umur itu.
tapi saya msih cuba bersabar.. bersenyum dan berlagak blur setiap kali dia bagi hints..(saya fikir, mesti dalam hatinya mengutuk-ngutuk saya kerana terlalu lurus dan bendul. hahahaha!!)
tapi, lama kelamaan.. saya sudah tidak boleh menahan jelik. sudah tidak mampu menanggung jelik. dia terlalu gedik (maaf, saya tiada perkataan yang lebih sesuai untuk menghuraikan) terlalu percaya yang saya ini adalah jodohnya. sehinggakan waktu saya menyatakan yang saya lebih senang dia sebagai seorang rakan biasa, dia bisa menjawab “selagi saya dlm list awak, itu sudah bagus” argh!! argh!! argh!! dia ni nak saya pakai bahasa apa? bukankah sudah terang terangan saya nyatakan. tapi dia ni.. aduih.. betul2 menguji saya. dan selepas itu, dia masih dgn harapan2 yang baginya begitu indah dgn bunga2 bahagia. tapi bagi saya, semua itu tak ubah seperti surat dari dewan bandaraya shah alam yang meminta supaya menjelaskan saman. atau pun seperti berita yang kompeni tempat saya bekerja bakal bankrupt.

selpas itu.. saya mula melancarkan misi sulit. cuba menjauhkan diri sejauh mngkin dari dia. dan disini terbitnya beberapa kisah lucu pada saya. salah satunya, saya dgn sanggupnya berlari trun dari tangga escalator yang sedang beroperasi secara menaik hanya kerana saya ternmpak azman di platform. sudah tidak peduli kata orang. padahal, kalau mengikut logic, apa salahnya sampai di platform terlebih dahulu dan trun kembali mnggunakan escalator disebelah. dan jika saya terperasan dia juga menaiki tren yang sama dgn saya, saya akan menukar tmpat saya setiap kali tren berhenti.

saya tak tahu. sampai bila saya harus melarikan diri dari dia. entah kenapa, saya betul2 tidak berkenan dgn harapan harapan gunung everest nya. org kata, jagn terlalu membenci, mngkin suatu hari, kita akan menyayanginya. saya tak peduli. jika betul ditakdirkan, saya bakal menyayanginya suatu hari nanti. biarla masa itu saya menyayanginya. buat masa sekarang, saya selesa dan senang begini. hahahaha!!

Wednesday, June 14, 2006

Dugaanku - Ning Baizura

Dugaanku
Hati pedih menangis

Jiwa ku yang suram
Malam yang panjang ini
Aku bersendirian

Merenung kehidupan
Memikir kesudahan
Pada siapakah hendak ku curah
Keresahanku

Aku berpaut pada
Sejengkal tali cuma
Itulah yang ada
Sementara aku
Hidup di dunia ini

Inikah dugaanku
Inikah kesempatan
Haruskah ku terus
Atau membiarkan
Ianya berlalu

Dekat di depan mata
Berat meluah kata
Terpendam segala apa dirasa
Sekian lama ini

Apakah kita nanti
Tiada dapat serasi
Ataukah hanya aku bermimpi
Untuk memiliki

Kesempatan yang datang
Tiada ketentuan
Mampukah ku memandang
Di kejauhan
Tak kesampaian

Sering terbayang-bayang
Tinggi lagi harapan
Entahkan ku sempat
Ataupun tidak
Untuk bersama mu

k o s o n g

kosong. tiada dia.
saya yang mengosongkan sebenarnya.
sengaja

maafkan saya.
diulang: maafkan saya

kamu
entah kenapa. teramat sukar bagi saya
susah
payah
rumit

saya sudah cuba
memudahkan semuanya
menolak ke tepi sedikit kerumitan
sedikit demi sedikit
tetapi
kamu merumitkannya kembali
kamu menyukarkan semuanya

maafkan saya
kamu boleh teruskan menyukarkan hidup
andai kamu mahu
atau
kamu boleh mengubah hidup

saya
usah risaukan saya

k o s o n g

kosong. tiada dia.
saya yang mengosongkan sebenarnya.
sengaja

maafkan saya.
diulang: maafkan saya

kamu
entah kenapa. teramat sukar bagi saya
susah
payah
rumit

saya sudah cuba
memudahkan semuanya
menolak ke tepi sedikit kerumitan
sedikit demi sedikit
tetapi
kamu merumitkannya kembali
kamu menyukarkan semuanya

maafkan saya
kamu boleh teruskan menyukarkan hidup
andai kamu mahu
atau
kamu boleh mengubah hidup

saya
usah risaukan saya

Tuesday, June 13, 2006

kisah semalam dan pagi hari ini

semalam..
mood saya.. entah kemana perginya.. sedari tadi.. saya hanya berteleku.. lansung tiada apa yang terhasil.. bosannyer sebegini.. tapi saya kurang upaya untuk mengubahnya.. saya perlukan sesuatu.. yang bisa menjana tenaga kerja saya.. tapi apa??.. urrghhh.. saya rasa umpama.. nikmat sibuk itu ditarik balik.. dan kini saya dianugerahkan nikmat bersenang lenang.. namun.. saya pula yang tak tahu apakah cara terbaik untuk mengecapinya.. besarnya ujian Tuhan.. hinggakan dalam waktu terluang pun masih ada ujiannya..
minggu lepas, hari hari saya di penuhi dengan kelas.. walaupun hanya untuk sesi pagi sahaja, saya tidak punya banyak waktu pd petangnya.. lantas, saya kurang merungut sepertimana hari ini.. aduhai..
semalam.. umpama banyak perkara perkara yang saya senaraikan untuk di buta hari ini. tapi, sudahnya.. semuanya siap dalm masa 2 jam..

hari ini...
sedikit bersemangat.. mug finding nemo saya telah dua kali di isi kopi. sedap betul kopi ini. (kopi free) baru selesai menyemak emel.. seketika saya kagum.. membaca emel dari seorang rakan.. tentang bagaimana kanak2 palestin bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu.. walau ditahan oleh tentera untuk sampai ke sekolah.. mereka mengadakan kelas di tepi jalan.. diulangi: di tepi jalan.. tiada kerusi. tiada meja. tiada papan hitam. alangkah daif nya mareka. saya pasti, ramai malaikat yang turut sama menyertai majlis ilmu itu. yang meniupkan semangat supaya mereka tidak hilang minat. yang menyokong tulang2 mereka supaya tidak lenguh. yang berdoa kepada Allah semoga mereka ini dirahmati dan diberkati..
apa terjadi dengan kita??
saya bukan mahu mengata orang lain.. saya juga sering kali alpa.. kelas yang lengkap dengan penghawa dingin.. meja besar.. kerusi besar... tapi.. masih lagi boleh memilih untuk memonteng.. sengaja tidak menghadiri kelas.. betapa tidak bersyukurnya saya dahulu.. walaupun bukan selalu.. tapi, tetap pernah dilakukan..

manusia.. lumrahnya pelupa..
lupa untuk berterima kasih.. lupa untuk menghargai.. lupa untuk mensyukuri..

Thursday, June 08, 2006

kad jemputan.. pengantin lelaki.. aisya sofea..

baru mendapat kad jemputan kahwin senior bilik saya ketika saya tahun pertama universiti dulu.. tak percaya...tergamam.. tak di duga.. terjerit jerit saya membaca nama pengantin lelaki nya.. betul kata orang.. kalau dah jodoh, tak kemana..
sang lelaki.. yang dahulu.. selalu di kutuk oleh kakak senior saya ini.. yang selalu dipulaukan panggilannya.. yang selalu diceritakan kepada saya tentang kejelikan lelaki ini.. akhirnya... menjadi suami.. menjadi teman yang bakal di lihatnya saban hari.. yang bakal berada di sisinya saban waktu.. huhuhu.. sungguh saya tidak percaya..
tapi.. itulah hakikatnya.. lantas saya teringat kata2 seorang novelis malaysia..

masa dan kejauhan bukan halangan bila jodoh ditakdirkan – Jauh by Aisya Sofea

novel ini.. saya ulang membaca berkali2.. lebih dari sebelas kali..

Monday, June 05, 2006

cerita hari2 itu..

agak lama saya tidak menulis.. maka saya sudah hampir2 terlupa bagaimana susunan ayat yang harus saya susun untuk setiap cerita.. bialah saya ringkaskan semuanya..

1. saya tak suka @ benci orang yang mengganggu dunia saya
ini saya tujukan pada seorang rakan.. laksananya, saya ini dianggarkan seperti dia.. memberitahu segala gala perihal dirinya kepada umum. hatta perihal dia datang ‘teman baik’ setiap bulan juga dikhabarkan. saya bukan dia. saya tak suka orang mengganggu dunia saya. dunia personal saya.. saya tak suka orang mengambil tahu hal hal peribadi saya yang saya kira, biarlah saya dah teman2 yang palng rapat saja yang tahu. saya tak suka berkongsi hal2 sebegini dengan semua apatah lagi dgn kaum adam yang kurang rapat..

2. saya dengan dia
cerita yang tak berkesudahan.. sy pun tak tahu bila bakal berakhir.. akhir2 ini, dia umpama sedikit pelik.. bersopan.. mengambil berat.. sdah pndai mnghargai.. bertanya itu ini.. bagusla.. tapi.. (saya menolak untuk bercerita di sini)

3. makan makan luar
pulang dari kerja semalam.. saya begitu mengidamkan nasi goreng cendawan.. pulang ke rumah.. ajak semua keluar mkn di luar.. dulu, saya hanya mengikut sesiapa yang mengajak.. kini.. duit sndiri, sesuka hati sy mengajak mereka bila2 masa sahaja..

4. masalah muka
nikmat muka yang licin ditarik balik.. rupa2nya sekejap saya Tuhan menganugerahkan saya nikmat itu.. muka sy kini kmbali berjerawat.. dtmbh pula dgn bintk2 kecil umpama ruam.. sudah sepuluh biji ubat alahan saya telan.. lnsung tiada perubahan.. kini.. saya bersabar.. dan berusaha.. semoga nikmat itu dikembalikan..amiinnn..

5. saya.. adik.. dan abang
kini, hanya tnggal kami yang bujang. yang mengbingitkan rumah tatkala hari mnggu. yang meramaikan meja makan. seronok. mngkin kerana jarak umur yang tidak terlalu jauh menjadikan kami begitu seronok bergelak ketawa. walaupun saya sering menjadi mangsa aksi2 buli mereka, saya tidak peduli. ada masanya, saya dgn beraninya mengenakan mereka kembali. cuma, nisbah saya mengenakan mereka dengan mereka mengenakan saya adalah lebih kurang 2:10

6. high heels baru
baru dibeli mnggu lepas. sandal2 saya semuanya sudah menghampiri tarikh tamat tempoh. ke klcc, pusing2 semua kedai kasut.. akhirnya saya mencapai satu high heels. agak murah (kerana sekarang jualan murah) entah kenapa, sejak bekerja, saya lebih gemar memakai high heels. mgkn disebabkan factor ketinggian saya yang kurang tinggi, maka dgn high heels saya berasa sedikit tinggi. tapi, high heels ini.. sedikit menyakitkan kaki saya. hampir melecet. aduh…