esok raya
Thursday, November 26, 2009
Monday, November 23, 2009
Friday, November 20, 2009
cerita-cerita hari tunang
amaran: entri ini penuh dengan gambar
1. pukul 6 pagi semua orang dah bangun. bonda lagi advance, 5.30am dah mula goreng mee untuk semua orang. dia bangun pukul 4.30am hari tu
2. rombongan shah rizal sampai jam 11.25am. setengah jam awal dari perancangan dia.
3. dua-dua jurucakap (pihak saya dan pihak shah) ialah abang kami. dua-dua kami panggil angah. hinggakan bila bercerita saya dan shah terpaksa guna term 'angah u' dan 'angah i'
4. kredit untuk mak andam hari tu. berjaya buat kening saya terbentuk walaupun saya cakap tak mahu cukur/cabut kening. apa dia buat? bleaching and colour.
5. bab makanan semua puas hati. nasi briyani bonda dapat pujian dari semua orang. portion pun cukup. siap boleh bagi jiran-jiran lagi. and ada tapai pulut import dari perak yang semua orang cakap sedap. saya tak makan pun sebab manis sangat.
6. orang lelaki yang paling rajin di dapur ialah en teruna bongsu. dia yang bertanggungjawab menggoreng ayam dan menumis rempah kari untuk kari daging. tapi perlu upah dia dengan kopi sejuk berkole-kole.
7. bila hantaran shah beratur dengan hantaran saya, contra sangat-sangat. dia punya hitam silver. saya punya cream n pink.
8. haiqal orang yang paling sibuk makan dengan tetamu. tapi bila semua tetamu dah balik, dia cakap dia lapar lagi sekali.
9. orang terakhir yang datang ialah nelle_berry and the fren. nasib baik saya belum tukar uniform basuh pinggan. tapi bagus juga dia datang sedikit lewat, boleh sembang lama-lama sikit. makan pun siap hidang lagi. babe, thanx tau!!
10. berjaya mengumpulkan tiga best friends saya hari itu. dan semua orang dapat sabun yang wangi dan mahal dari andes hari itu. thanks mommy!!
11. kek yang disponsor oleh shani mendapat laungan "hebatnya!!!" yang maha kuat dari haiqal.
12. dalam semua hantaran yang dibawa, saya paling suka bekas cincin. sebab ada banyak bunga warna hitam yang cantik-cantik. and then ada tiang-tiang (or tangkai??) yang buat dia nampak macam 'protected'
13. orang yang paling glamer hari itu ialah bukan saya. shah pun bukan. tapi ayah angkat saya. sebab dia bersembang dengan semua orang hingga semua orang tanya siapa dia. huhuhu.. abah aku ni.. isk!!
14. hero yang paling setia ambik gambar ialah suami kakak saya merangkap abang ipar saya. tak cukup dengan jadi photographer waktu siang, malam tu jugak dia edit gambar. tengkiu en lam!!!
15. hujan lebat yang turun sebaik saja semua tetamu dah balik buat kami semua rasa penat dan tidur dengan best.
16. sireh junjung shah rizal menjadi rebutan ramai anak-anak dara yang datang. semua malu-malu tapi mintak jugak dengan bonda. ada tu siap suruh mak diorang yang mintakkan. tapi bukan ke orang dulu-dulu cakap sireh tu kena curi? hmm..
17."orang kata, bertunang ni maksudnya sebelah kaki dah masuk alam rumahtangga. jaga diri, jaga hati. congrats!!" sms pertama saya terima selepas majlis selesai
Thursday, November 19, 2009
fikir
sebenarnya, saya bukanlah emo sangat-sangat bila dia sound macam tu
tapi saya suka sangat-sangat kalau dia boleh fikir balik siapa dia
Monday, November 16, 2009
kek meraikan
lepas kita tunang, saya nak makan cake kat secret recipe. kat atas kek tu nak tulis "we're engaged"
penyebab utama kenapa saya hold semua kisah tentang hari tunang saya. selagi belum dapat kek, saya rasa tak complete. walaupun plan asal nak makan cheese cake, tapi sebab adik Secret Recipe tu datang dengan penuh sopan santun dan bagitau Yogurt Cheese dah habis, Shah asked for Butterscotch. not bad, siap ada walnut lagi dalam kek tu dan saya tetap makan lagi banyak dari dia. hahaha!!
the end result. punyalah comot budak dua orang ni makan. ish!!
Friday, November 13, 2009
pagi jumaat sejuk
waktu menaip entri ni, jari manis sedang berkilau-kilau ‘bling bling’ [ bak kata ahcock ] haha, perasan saja lebih, padahal lampu fluorescent kaler kuning atas siling tu yang bersilau-silau dan agak menakutkan sebab batang lampu tu kecik sangat-sangat dan bila hujan lebat dia macam terhuyung hayang.
saya tengah menunggu TBS saya untuk ok. maka, masa menunggu ini, umpama menunggu giliran masuk jumpa doctor dan minta mc. duduk dengan penuh sopan santun dengan kain songket hitam belit-belit dan kemeja kaler pink muda beserta tudung pink terang. oh ya, lupa. lipstick kaler pinkish plum dan eyeshadow kaler natural black. ngee!! pagi- pagi dah gedik. rena, sila sopan.
menunggu penyelamat TBS ini datang seperti menunggu gaji masuk pada 26hb sedangkan hari ini baru 13hb dan dalam wallet hanya ada rm42.30. lamanya!!! tadi seorang lelaki yang menyamar sebagai Penyelamat TBS menelefon dan jawapan untuk masalah “Unable to access TBS” saya ialah 1. network u tak ok kot, i rasa. 2. u kena check network u la kot. tp internet boleh access kan? so, ini masalah application la kot 3. i tak tau pulak kalau pasal application. itu u kena tanya orang lain.
sekarang kamu faham kan kenapa saya labelkan dia Penyamar Penyelamat? mahu saja saya tikam-tikam tag id dia dengan pembaris kayu. tapi, saya tak berani nak tikam jari dia sebab saiz dia besar dari saya. dan lagi dia bawak motor agak laju tiap kali waktu balik kerja. dan lagi dia makan kerang dengan banyak sekali. saya pernah beratur belakang dia waktu beli makanan tengahari dan tengok dia ambik kerang goreng sambal sampai dua senduk penuh!!
teringat cerita dalam hujan petang semalam. bila hujan lebat dan tiada payung dan perlu kejar bas company yang dipandu secara sopan oleh uncle yang tak pernah sejuk dengan aircond bas sebab selamba jer dia pakai bermuda bawak bas, pakai kotak pun boleh. lagi la romantik bila ada hero hensem yang memayungkan kotak tersebut. aww!!!
ok, chup!! bukan saya ok. saya ada payung purple dan semalam saya memayungkan cik rebung. tiada kaitan dengan kotak dan hero hensem. [cepat-cepat mensucikan keadaan sebab takut nanti bila en Shah da Tunang baca entri ni, dia tak nak belanja saya makan McD lagi. ataupun dia tak nak pimpin tangan saya bila nak lintas jalan. serius takut ok kalau kena lintas jalan sorang-sorang. lagi-lagi bila kereta banyak dan motor semua laju-laju ]
ok, update terbaru pasal TBS selepas lunch hour: masih tak ok. sudah tiga orang IT saya libatkan dalam masalah ini. tapi masih belum berjaya. orang ke 4 yang saya babitkan ialah Babbu. walaupun dia dah datang dan reinstall TBS, masih juga belum ok. maka Babbu suruh saya pergi makan dulu. mesti Babbu dengar perut saya berbunyi-bunyi tadi. malu!!!

Wednesday, November 11, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)